Cara menjaga kesihatan gigi

Menjaga kesihatan gigi
1. Makan makanan berkhasiat
2. Mengurangkan pengambilan makanan bergula
3. Menggosok gigi
4. Menjalani pemeriksaan gigi



Gigi penting untuk menghadamkan makanan. Gigi perlu dijaga dengan baik agar ia kekal sepanjang hayat. Bagaimanapun ramai di kalangan anda yang mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan gigi. Akhirnya, gigi rosak pada peringkat usia yang masih muda.Oleh itu marilah kita belajar cara menjaga kesihatan Gigi kita dengan selamat.Program Pendidikan Kesihatan Pergigian  1. Gosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari. Gosok pada waktu pagi, selepas makan tengahari dan sebelum tidur. Sebaiknya guna ubat gigi yang mempunyai florida. Terdapat juga ubat gigi yang membantu merawat gigi sensitif seperti jenama Sensodyne.
cara berus gigiCara betul memberus gigi. Sumber http://pergigianspu.gov.my
2. Jika tidak sempat memberus gigi pada waktu makan tengahari, amalkan berkumur untuk membuang sisa makanan. Sisa makanan yang tersimpan di dalam mulut dan di celah gigi boleh menyebabkan penyakit berbahaya pada gigi.
3. Berkumur dengan menggunakan cecair khas seperti Listerine dan Colgate Plax. Kita sedia maklum, cecair boleh sampai pada setiap sudut gigi berbanding ubat gigi pepejal.
4. Kurangkan minuman sejuk yang terlampau. Minuman sejuk terlampau boleh menyebabkan gigi sensitif.
5. Tukar berus gigi selepas 3-4 bulan. Semakin lama berus gigi digunakan, semakin banyak bakteria berpenyakit melekat pada berus gigi.
6. Berjumpa dengan doktor gigi untuk membuat rawatan membersih gigi. Di samping itu, boleh juga memeriksa kesihatan gigi dengan lebih mendalam.

Contoh karangan  bagi pelajar sekolah
   Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha Guru Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian."Cara-cara Menjaga Kesihatan Gigi dalam kehidupan Kita" ialah tajuk syarahan saya.

Hadirin yang saya homati,
        Seperti yang kita ketahui,penjagaan kesihatan gigi adalah sangat penting untuk mendapatkan kesihatan gigi yang baik.Untuk memastikan kesihatan gigi kita, beberapa langkah perlu kita ambil dalam kehidupan seharian.Yang pertama, kita perlulah menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.Namun, lebih baik jika kita menggosok gigi setiap kali selepas makan makanan manis untuk mengelakkan sisa makanan manis melekat di celah-celah gigi.

        Kita juga digalakkan makan makanan yang mengandungi kalsium.Makanan yang mengandungi kalsium seperti susu    membantu menguatkan gigi dan tulang kita.Gigi yang kuat dapat mengelakkan kerosakan gigi.

        Selain itu, kita perlu menghindari makanan manis seprti gula-gula,coklay dan kek.Hal ini disebakan makanan ini mempunyai kandungan gula yang tinggi.Gula yang tinggi dalam makanan ini menyebabkan kerosakan gigi jika kita tidak menggosok gigi selepas makan makanan tersebut.

Sidang dewan yang dimuliakan,
        Jadikan rutin berjumpa dengan doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan gigi.Semasa menjalankan pemekrisaan gigi,doktor gigi akan menampal mana-mana gigi yang berlubang,membersihkan plak gigi,dan mencabut gigi yang rosak.Apabila gigi kita sihat,kita dapat menjalani hidup dengan ceria.

        Sebelum mengundur diri,saya ingin menyeru kepada semua supaya menjaga kesihatan gigi untuk mengelakkan sakit gigi.Gigi yang sihat menjadikan senyuman kita menarik.

        Sekian,terima kasih.