Kata tidak kepada DADAH



Terdapat empat jenis dadah iaitu :
  1. Dadah perangsang
  2. Dadah penekanan
  3. Halusinogen
  4. Narkotik
 




  1. Dadah asli : Kokain, kafein, Ephinephrine ( Adrenalin ) dan Ephederine
  2. Dadah tiruan : Amphetemine ( Benzedrine, Dexedrine dan Methedrine) dan lain-
DADAH PENEKANAN
Seperti juga dadah lain, ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Dari segi perubatan dadah ini digunakan sebagai ubat tidur. Seseorang itu biasanya menyalahgunakan dadah jenis ini untuk mendapat ketenangan, untuk tidur, untuk mengelakkan rasa sedih, melegakan ketegangan dan rasa terikat. Seseorang itu juga boleh jadi tidak sedarkan diri dan kadang-kala ia boleh membawa kepada kematian.
Dadah ini akan diambil dalam jumlah yang banyak untuk mendapat kesan yang sama sebagaimana ia mula-mula diambil. Penggunanya akan mengalami simpton tarikan jika terputus bekalan dadah ini. Oleh itu, penagih terpaksa mengambil dadah ini secara berterusan.
Contoh dadah yang tergolong dalam jenis ini ialah :
1) Dadah Asli : Kurare
2) Dadah Tiruan : Barbiturat ( Librium, Valium ), Methaqualone ( Mendrax )


HALUSINOGEN
Halusinogen ialah apa juga dadah atau bahan kimia yang boleh menyebabkan halusinasi atau khayalan yang boleh merosakkan jiwa manusia.
Ia terdapat dalam bentuk asli dan sintetik yang mampu mengubah pencerapan deria rasa dan persepsi.
Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah bagi penggunanya untuk membezakan yang benar dan sebaliknya. Dadah jenis ini juga boleh menghasilkan pengamatan rupabentuk yang berubah-ubah.
Contohnya seseorang itu seolah-olah boleh melihat warna yang sangat terang, muzik didengar lebih bererti dan dapat melihat corak-corak yang lebih spontan. Dadah halusinogen seoerti LSD dan Mescaline contohnya memberi kesan ganjil kepada penggunanya seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkanya lebih bergantung kepada dadah secara psikologi.
Dadah yang termasuk dalam kategori ini ialah :
1) Dadah Asli : Ganja, Peyote ( Mescaline ), Hallucinigeni ( Mushrooms ) dan
Morning Glory Seeds ( Psilocybin )
2) Dadah Tiruan : LSD ( Lysergic Asid Diethylamine ), DET ( Diethyltrypta-
mine ) dan PCP ( Phencyclidice )


NARKOTIK
Juga seringkali disebut sebagai opiat. Dalam perubatan ia digunakan untuk tujuan perubatan iaitu untuk menidurkan pesakit dan mengurangkan kesakitan serta berpotensi untuk menyebabkan ketagihan. Dadah jenis ini merupakan dadah yang paling banyak disalahgunakan. Ia boleh menjadikan seseorang itu berasa sangat berpuashati tetapi kadang-kadang kecewa dan pada masa yang sama perasaan takut dan bimbang akan hilang.
Jika penggunanya ingin mencuba dadah jenis ini untuk kedua kali, ia mestilah di ambil dalam jumlah yang lebih banyak untuk mendapatkan kesan yang sama seperti pertama kali dadah itu diambil. Dadah itu diperlukan untuk bergerak secara normal. Jika dadah ini tidak diambil ia boleh menyebabkan simpton tarikan seperti muntah-muntah, tegang urat saraf, bersin, cirit-birit, seram sejuk, pitam dan kadang-kala boleh membawa maut.
Di antara dadah jenis Narkotik yang sering diambil ialah :
1) Dadah Asli : Candu, Heroin, Morfin dan Kokein
2) Dadah Tiruan : Petildina ( Mepuidine demerol ) dan Methadon ( Dolophine )

PENYALAHGUNAAN DADAH PERANGSANG
Dadah perangsang sering digunakan untuk mendapatkan rasa percaya kepada diri-sendiri, rasa berkuasa, segar, besar dan untuk menghilangkan rasa penat dan lain-lain. Bahan kimia psikoaktif ini akan merangsang semua aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat beberapa jenis dadah perangsang yang sangat kerap digunakan iaitu :
  1. Amfetamin
  2. Kokain
  3. Kafein
  4. Nikotin
  5. Chat
AMFETAMIN
Amfetamin mula dihasilkan pada tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Amfetamin adalah dadah yang paling berkesan untuk menggalakkan sistem saraf pusat seseorang. Nama-nama lain bagi dadah jenis Amfetamin ialah ‘Speed’, "Pep-pill’, Dexies, Crosswords, Hearts, Co-pilot, ‘A’, ‘B’ dan sebagainya.
Dadah ini boleh memberikan kesegaran kepada seseorang itu, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk, berkemampuan untuk banyak bergerak, riang, cergas dan lebih mampu untuk bekerja kuat.
Untuk seseorang yang menghadapi masalah kegemukan, dadah Amfetamin boleh menghilangkan selera makan tetapi mestilah di bawah seliaan pakar. Ia juga mampu meningkatkan konsentrasi pengambilnya. Sebenarnya inilah kebanyakan tujuan mengapa dadah jenis ini sering disalahgunakan. Mereka selalunya mengambil dadah ini secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.
Pengambilan dadah jenis Amfetamin memberi kesan buruk kepada penggunanya. Pengambilnya boleh menjadi gila dan kemungkinan akan mati akibat pendarahan yang sering berlaku dalam otak.
Dadah Amfetamin sangat digemari oleh para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan dan juga ahli sukan supaya mereka menjadi lebih cergas dan bertenaga.
Amfetamin boleh didapati dalam bentuk cecair dan kapsul. Amfetamin dalam bentuk cecair boleh disuntik masuk ke dalam pembuluh tapi cara ini jarang dilakukan. Jenis-jenis Amfetamin yang sering digunakan ialah Amfetamin ( Benzadrine ), Dextroamfetamin ( Dexedrine ) dan Methamfetamin ( Methedrine ). Bahan-bahan lain yang baoleh ditemui yang mana kesannya sama seperti Amfetamin adalah Phentermine, Ephedrine dan lain-lain.
KESAN PENGGUNAAN AMFETAMIN
Seperti juga dadah jenis lain, Amfetamin juga memberi kesan buruk ke atas penggunanya. Walaupun Amfetamin memberi kesan yang tidak baik, permintaan terhadap amfetamin adalah tinggi. Ini kerana Amfetamin dilanggan dan disalahguna untuk tujuan tertentu untuk kepentingan peribadi mahupun untuk tujuan memperoleh pendapatan. 

Di antara kesan penggunaan Amfetamin ialah :
  • Pengambilan amfetamin boleh memberi keyakinan kepada penggunanya di samping menjadi lebih bertenaga dan cergas. Inilah sebabnya Amfetamin sering disalahgunakan oleh para pelajar dan pekerja.
  • Dos Amfetamin yang diambil secara sederhana boleh menghalang keletihan, mewujudkan rasa percaya kepada diri sendiri dan rasa gembira. Tetapi bagi orang-orang tertentu pengambilan ini boleh menyebabkan rasa sugul dan kecewa.
  • Jika Amfetamin diambil dalam jumlah yang kecil, ia akan mewujudkan keadaan yang dipanggil euforia. Sebaliknya jika diambil dalam jumlah yang banyak ia akan memberi keseronokkan yang berlebihan.
  • Kesan-kesan fizikal dan psikologikal seperti :
  1. Menggeletar
  2. Resah gelisah
  3. Tidak boleh tidur
  4. Tidak rasa lapar
  5. Rasa ghairah
  6. Suka bercakap berlebih-lebihan
  • Mereka yang ketagih Amfetamin berterusan tidak mengambil makanan serta sentiasa bergerak. Mereka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga.
BAHAYA-BAHAYA AMFETAMIN
Di antara risiko-risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengambil Amfetamin ialah :
  • Keadaan gila yang dipanggil psikosis amfetamin selepas mengambil satu dos besar Amfetamin atau selepas menggunakan beberapa dos biasa dengan berterusan. Penagih akan mengalami paranoia atau perasaan syak-wasangka dan takut terhadap orang lain. Pada tahap ini, pengguna mungkin menjadi ganas.
  • Penagih yang kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6 hingga 12 bulan selepas berhenti menggunakan Amfetamin.
  • Pengambilan Amfetamin yang teruk dan berlanjutan akan menyebabkan wujud tanda-tanda yang menyerupai ‘ skizofrenia paranoid’ yang bahayanya seperti berikut :
    1. Risiko diserang demam paru-paru
    2. Mendapat sakit darah tinggi dan sakit jantung
    3. Letih lesu dan kekurangan zat makanan kerana tidak makan
    4. Kerosakan otak yang berkekalan
KOKAIN
Dadah jenis ini dihasilkan daripada daun koka atau Erythroxylon coca dan pokok-pokok lain daripada spesis Erythroxylon yang banyak tumbuh meliar di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Daun koka sudah lama digunakan oleh penduduk asli di negara Bolivia dan Peru kerana masalah kehidupan yang mereka hadapi di sana.
Kokain adalah seakan-akan dalam bentuk hablur yang mengandungi 7% kokain tulen. Kokain selalunya dijual dalam bentuk tepung dan kadang-kala dalam bentuk pil Sebelum kokain sintetik ditemui, kokain diguna untuk tujuan anesthetic tempatan dalam perubatan. Pada masa itu para doktor lebih sukakan penggunaan kokain asli.
Kokain adalah sejenis dadah penyegar yang sangat kuat kesannya. Kokain boleh di makan tetapi biasanya ia disuntik ke dalam pembuluh darah. Dadah ini juga boleh disedut dan meresap masuk ke dalam darah melalui sel-sel yang terdapat dalam hidung.
Kesannya sama seperti menggunakan Amfetamin di mana penggunanya akan rasa segar, lebih cergas, gembira dan lain-lain lagi. Inilah antara motif yang dikehendaki oleh para pengambil dadah jenis ini seterusnya menyebabkan penyalahgunaan kokain. Penggunanya juga dapat menghilangkan keresahan dan dapat lari daripada masalah selepas mengambil dadah ini.
Kokain boleh dikenali dengan nama lain seperti The Leaf, Snow, Speedball iaitu bahan yang didapati apabila kokain dicampurkan dengan dadah jenis heroin. Manakala dalam bentuk minuman, apabila kokain dicampurkan dengan arak, ia akan menghasilkan satu bahan baru iaitu Vin Mariani. Coka-cola pula mengandungi ekstrak daun koka dan kafein dari biji kola. Tetapi sekarang , hanya terdapat kafein dalam Coka-cola.

JENIS-JENIS KOKAIN
  • Daun Koka
Daun koka adalah daun yang didapati daripada pokok Erthroxylon coca yang tumbuh di pergunungan Andes.
  • ‘Paste’ koka ( Koka Paste)
‘Paste’koka adalah bahan yang didapati selepas daun koka dituai. Ia
terhasil apabila daun koka hancur dicampur dengan alkohol atau benzol, asid sulfurik dan natrium karbonat. Ia dihisap bersama ganja atau tembakau. Paste koka dibersihkan untuk menghasilkan kokain.
  • Kokain
Serbuk berwarna putih yang terhasil daripada Paste koka dan tidak berbau. Kokain yang sering ditemui adalah dalam bentuk kokain hidroklorida. Ia selalunya di hidu iaitu bagi kokain yang mencapai 82 % tulen. Ia akan dikenali sebagai ‘Speedball’
apabila dicampur dengan heroin dan disuntik ke dalam pembuluh darah atau di bawah kulit.
  • Kokain ‘Freebase’
Ia adalah bes kokain yang asli tanpa sebarang bahan campuran lain. Ia mengandungi 50% kokain tulen yang dilarutkan ke dalam air dan diekstrak dengan bahan kimia yang mudah terbakar. Biasa dihisap dengan menggunakan paip khas.
  • Kokain ‘Crack’
Kokain ‘Crack’ atau kokain ‘ Rock’ adalah kokain yang biasa dihisap menggunakan paip kaca yang dipanggil stem atau batang. Beberapa biji buah putih kekuningan dalam paip itu sudah cukup untuk menjadikan seseorang itu khayal keriangan selama 10 minit dan diikuti pula dengan rasa sedih serta-merta. Dadah ini diperolehi apabila serbuk kokain dibakar dengan soda penaik untuk membersihkannya dari segala kotoran. Dadah ini mempunyai tahap ketulenan sebanyak 90% dan merupakan dadah yang paling bahaya.
KESAN-KESAN PENGGUNAAN KOKAIN
Kesan-kesan pengambilan kokain yang paling ketara ialah :
  • Memperolehi kesan segera iaitu perasaan riang dan gembira yang terlampau (euphoria) dan diiringi dengan tekanan nadi yang kuat.
  • Pengambilan kokain dalam dos yang banyak menyebabkan butir percakapan tidak jelas dan tidak logik. Ia juga akan menyebabkan halusinasi, menggeletar, susah hati, rasa dianiayai, sugul, gelisah dan dalam sesetengah keadaan akan menyebabkan kekejangan.
  • Namun begitu, pengambilan kokain dalam jumlah yang kecil akan memberikan kesegaran kepada penggunanya dan menimbulkan rasa puas hati.
  • Pengguna kokain juga akan mengalami muntah-muntah, tekanan darah cepat, peningkatan dalam kadar denyutan jantung. Perasaan palsu juga akan wujud dalam diri mereka seperti berasa mempunyai kuasa yang kuat, tenaga, fikiran dan kekayaan.
BAHAYA PENGGUNAAN KOKAIN
  • Pengambil dadah ini akan mengalami kemabukan dan kekeliruan.
  • Urat saraf akan keletihan selama beberapa hari akibat pengambilan kokain yang banyak. Pengguna juga akan mengalami gangguan tidur dan lupa tentang penjagaan kesihatan diri dan kebersihannya.
  • Psikosis kokain akan berlaku iaitu sejenis penyakit jiwa yang serius seperti skikofrenia. Di samping itu mereka juga berkemungkinan mengalami sawan.
  • Risiko kematian yang tingi kerana pernafasan terhenti.
KAFEIN
Kafein adalah satu bahan kimia daripada kelarga Methylxanthines. Bahan kimia utama lain yang terdapat dalam kumpulan ini ialah theophylline yang dijumpai dalam daun teh dan theobromine daripada biji koko. Kafein juga boleh ditemui dalam biji kopi, daun teh dan biji koko. Semua methylxanthines memberi kesan yang sama pada badan manusia.
Kafein memberi kesan yang kuat pada otak berbanding theobromine yang memberi kesan yang ringan kepada otak. Kafein banyak digunakan dalam minuman . Kopi, contohnya, diperolehi daripada biji pokok Coffee arabica. Buah kopi itu dipanggang dan disejukkan menjadi serbuk. Teh pula diperolehi daripada daun Thea chinensis. Daun teh yang dipetik, dikeringkan, digiling dan ditekan dan direnyukkan.
Methylxanthines cenderung untuk merangsang pusat sistem gemuruh dan jantung. Ia juga mempercepatkan penghadaman dan bertindak sebagai dueretik ( sebatian yang menyebabkan banyak air kencing dikumuhkan )
Methylxanthines mempunyai kegunaannya yang tersendiri dalam bidang perubatan dan digunakan dalam bidang terapi. Ia digunakan dalam merawat penyakit jantung dan digunakan untuk mengendurkan saraf pada paru-paru untuk merawat asma.
Kafein juga digunakan untuk merawat sakit kepala dan migrain. Ini berlaku apabila kafein digunakan dan bertindak menghalang saluran darah ke otak. Kafein juga kadang-kadang digunakan untuk merawat pesakit yang menderita pengambilan barbiturat yang berlebihan.

KESAN-KESAN PENGAMBILAN KAFEIN.
Kafein juga memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Jika kafein diambil daam jumlah yang banyak ( 200 g), ia akan menghasilkan tanda perangsang yang sangat kuat. Ia akan meningkatkan rasa waspada pengambilnya dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Di sini, tidur juga akan terganggu , berasa lebih tenang dan rileks.
Kesan kafein ke atas badan sangat kompleks. Kafein merangsang otak dan bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Ia boleh mengurangkan rasa lesu. Tidak seperti bahan perangsang lain, kafein tidak melonjakkan keintelektualan seseorang.
Pengambilan kafein yang sedikit akan menyebabkan peningkatan atau penurunan yang sedikit dalam kadar denyutan jantung. Saluran darah di otak disekat dan mengurangkan aliran darah. Dalam badan saluran darah akan mengembang dan ini menyebabkan jantung akan meningkatkan kadar aliran darah . Ini akan meningkat bersama-sama peningkatan kadar metabolisme dan perjalanan saraf . Ia seterusnya akan menolong mengurangkan rasa penat.
Kafein juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut yang merangsang penghadaman . Kafein yang diambil dalam jumlah yang banyak boleh menyebabkan perut rasa tidak selesa. Orang yang mengalami masalah penghadaman dan ulser peptik sepatutnya menghadkan pengambilan kafein. Selain itu, setiap kali kafein hendak diambil, hendaklah di tambahkan susu ke dalamnya.


JENIS MINUMAN
MG/ 100G
KOPI DREW
115
DAUN TEH
90
KOPI TAPIS / SARING
80
TEH UNCANG
65
KOPI SEGERA
65
COLA
50
MINUMAN COKLAT PANAS
30
KOPI NYAH KAFEIN
3

Jadual : Jumlah kafein bagi setiap cawan minuman terpilih
Jika kafein diambil sebanyak 800 gram sehari ia akan menyebabkan;
      1. sakit kepala
      2. lekas marah
      3. rasa takut dan insomnia
Dos yang tinggi dalam kafein juga jika diambil akan menyebabkan kekejangan dan diikuti dengan maut. Jika seseorang itu tidak meneruskan pengambilan kafein akan menyebabkannya mengalami simpton pengunduran seperti sakit kepala.


NIKOTIN
Nikotin adalah sejenis bahan aktif yang terdapat dalam tembakau. Terdapat lebih daripada 60 spesis pokok tembakau dan diantaranya termasuklah pokok Nicotina tobacum yang merupakan tumbuhan utama yang diusahakan oleh penduduk Amerika. Nikotin adalah satu-satunya dadah yang paling bahaya. Ia bertindak seperti dadah sianida yang digunakan untuk membunuh diri dan di bilik-bilik pembunuh ( gas chamber ). Ia boleh dimakan, disedut dan disuntik. Nikotin tidak mengandungi sedikit pun khasiat ubat.

Tembakau diproses pada beberapa peringkat dan diawetkan secara teliti untuk mendapatkan rasa dan bau tembakau yang dikehendaki. Jenis tembakau yang sering ditemui ialah Turkish dan Burley. Kebanyakan rokok-rokok mengandungi beberapa jenis campuran tembakau. Tembakau cerut diproses dengan cara yang berbeza daripada tembakau dalam rokok biasa. Manakala, tembakau paip pula ditambah perisa yang dipanggil ‘ likuoris’.


KESAN-KESAN PENGAMBILAN NIKOTIN
Kesannya hampir sama dengan dadah perangsang yang lain. Seseorang yang mengambil tembakau tidak akan berasa penat, peningkatan dalam tugas-tugas tertentu tetapi tingkat perubahannya ini kurang berbanding dadah perangsang yang kuat yang lain.
Nikotin akan memberi rasa tenang dalam beberapa keadaan. Juga ia boleh menyebabkan rasa yakin pada diri-sendiri, euphoria yang berlebihan berbanding dengan pengambilan amfetamin dan kokain. Tekanan jantung, darah dan kadar respirasi pengguna nikotin juga meningkat. Begitu juga rasa loya, pening kepala, muak dan muntah-muntah adalah merupakan kesan paling ketara terutamanya bagi pengguna-pengguna baru.
Nikotin sangat toksik jika diambil dalam jumlah yang secukupnya. Salah satu kegunaan nikotin adalah sebagai racun serangga dan boleh mengakibatkan tanda-tanda keracunan yang sebenar. Ini termasuklah sesak nafas, muntah-muntah, lemah kadar denyutan jantung dan nadi dan sebagainya. Kematian juga mungkin yang disebabkan oleh kegagalan sistem respirasi .
Kesan penggunaan nikotin yang sediit susah untuk ditentukan kerana kebanyakan pengambil nikotin juga mengambil dadah yang lain. Contohnya para perokok. Perokok biasanya mengalami masalah kanser paru-paru dan sakit jantung.
Penyakit emfisema paru-paru pada perokok wujud apabila sel-sel di permukaan paru-paru mula tumbuh akibat daripada perangsang asap rokok. Apabila ini berlaku. karbon dioksida akan terperangkap dalam pundi-pundi udara dan boleh mengakibatkan sesak nafas dan kurang tenaga.
Nikotin juga boleh menyebabkan pemendapan lemak terutamanya kolestrol dalam saluran darah. Pembuluh-pembuluh akan menjadi keras akibat terdapatnya lemak. Ini akan menghalang pembekalan darah ke jantung, otak dan organ-organ lain. Pembekuan darah dalam saluran darah akan menyebabkan penyakit jantung.
    Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)


b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan

� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri
KESAN-KESAN BURUK DADAH

1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .

               sm_beer_drinking.gif                                                 people_37.gif
  Kenapa mereka mengambil dadah?
• Ingin mencuba
• Terikut-ikut
• Amalan budaya
• Suasana semasa. Contohnya; perang / kelab malam
• Tekanan / cabaran dalam kumpulan
• Bagi tujuan merawat
• Meningkatkan kawalan diri dan prestasi
Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah? • Resah, gelisah
• Prestasi kerja atau akademik yang merosot
• Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
• Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
Perubahan emosi secara tiba-tiba
• Bercakap merepek
• Mengabaikan penampilan diri
• Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
• Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik
tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain
• Kelihatan letih, penat dan mamai
Tak Nak Kepada Dadah
Dalam pengertian yang umum, dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia yang boleh membuatkan seseorang yang mengambilnya menjadi ketagih dan membawa pelbagai san sampingan yang negatif apabila menggunakannya secara berlebihan dan tanpa peraturan. Namun begitu, dadah juga mempunyai kesan positif, terutamanya dalam ubat-ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara baru di negara kita. Walaupun pelbagai cara pengawalan penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan, gejala ini masih berlanjutan.
Wujud pelbagai faktor yang menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah, antaranya pengaruh rakan. Rakan memainkan peranan penting dalam membentuk sifat dan keperibadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Berdasarkan hal ini, jika kita berkawan dengan penagih dadah, lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk nengikut jejaknya. Hal ini mudah berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan di kalangan orang yang masih muda.
Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Mereka kurang mempunyai pegangan agama yang longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila orang yang rapat dengannya terlibat dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba itu lebih mudah direalisasikan. Apabila dirasai sekali, unsur ketagihan akan mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.
Kebelakangan ini dadah mudah diperoleh. Kebanyakan bekalan dadah yang beredar dalam negara kita dibawa masuk secara haram dari negara jiran seperti Negara Thai. Dadah biasanya dijual di kelab malam dan di lorong gelap. Harga dadah pun bukanlah mahal sangat. Kebanyakannya mampu dibeli oleh penagih yang rata-rata berpendapatan rendah.
Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat. Penagih dadah menjadi orang yang tidak bermaya, lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan. Oleh itu, mereka mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab sama ada sebagai pekerja, suami atau isteri.
Penyalahgunaan dadah juga akan mewujudkan pelbagai jenis penyakit sehingga boleh membawa maut. Sekiranya para penagih menggunakan jarum suntikan secara bergilir-gilir dan salah seorang daripada mereka mempunyai virus HIV positif, penagih lain juga akan turut dij angkiti virus pembunuh itu. Situasi ini merupakan suatu keadaan yang amat serius.
Para penagih dadah juga akan menghadapi kehidupan yang tidak terurus. Mereka tinggal di tempat yang kotor dan kurang selesa seperti di lorong gelap dan siar kaki bangunan. Selain itu, keadaan diri penagih juga kurus, busuk, berpenyakit dan sebagainya. Mereka sanggup melakukan sebarang jenis jenayah sama ada ringan atau berat bagi mendapatkan duit untuk membeli bekalan dadah. Ini bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda warga lain, malahan menakutkan para pelancong asing. Ini sekali gus menjejaskan pendapatan negara dan imej negara di kaca mata asing.
Kesimpulannya, gejala penyalahgunaan dadah berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan membawa beberapa kesan yang negatif. Kewujudan golongan penagih dadah yang menjadi sampah masyarakat merupakan suatu beban kepada anggota masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani segera, dapat menggugat negara dart segi sosial, ekonomi dan politik. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama mengawal dan mencegah gejala ini agar tidak berlanjutan.

 KUMPULAN SOKONGAN

 Pusat pemulihan:
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan
• PEMADAM
• PENGASIH
Pakar sakit jiwa
• Pakar kaunseling penagihan dadah
• Pakar psikologi
• Ibubapa
• Guru sekolah